Khamis, 9 Julai 2015

Kisah Kejatuhan / Kebangkitan Perabot Taib Andak

Salam Sejahtera Semua Pembaca - Pembaca Yang Dihormati  

Saya Akan Kongsikan Kisah Kejatuhan/ Kebangkitan Perabot Taib Andak


Kisahnya bermula disini, Kelahiran Perabot Taib andak  ini ia berasal daripada syarikat Masud Furniture and Decoration. Pada awal tahun 2000 tertubuhnya syarikat Masud furniture and Decoration yang menjalankan perniagaan membuat, memasang kebinet dapur, meja mesyuarat, sekatan partition dan banyak lagi yang berkaitan perabot. Permulaan Masud furniture and Decoration ini bermula di sebelah rumah sahaja bengkelnya sangat kecil, biasalah baru permulaankan. 

Pengarah kepada Masud furniture and Decoration mulanya daripada seorang yang susah dan sebelum beliau membuka bengkel perabot sendiri, beliau banyak berguru dengan mana-mana kilang perabot di seluruh johor. Sebelum beliau bekerja, beliau belajar di IKM Sungai Petani mengambil kos Seni Pembuatan Perabot selama 2 tahun dan selepas habis belajar beliau membuka bengkel sendiri di Gombak dengan adanya bantuan MARA tetapi tidak lama selepas itu beliau terpaksa tutup habis kerana terlalu banyak masalah dan tidak banyak kemahiran dan pengalaman. Beliau seorang yang selalu berlajar dari kesilapan dan pembaharui ilmu dan sentiasa mencipta peluang yang ada. Selepas tutup beliau balik ke negeri Johor asal kelahirannya di Batu pahat, beliau di Johor mencari kerja kilang perabot dan tak lama selepas itu beliau berjumpa sebuah syarikat perabot di Johor iaitu PSB Decoration dan beliau bekerja disana bertahun -  tahun untuk menuntut ilmu perabot dan mengambil pengalaman di sana.

Selepas bertahun - tahun bekerja beliau dengan memiliki niat yang kuat untuk memiliki Syarikat Perabot sendiri akhirnya tercapai juga pada awal tahun 2000. Apabila sudah buka Syarikat sendiri pelbagai cabaran yang dihadapi beliau dengan mengalami masalah-masalah kewangan dan ada yang lari tidak bayar beribu- ribu ringgit tetapi saat itu beliau sangat teguh dengan menghadapi masalah dengan seorang diri dan isterinya, saat itu anak - anaknya masih kecil. Semasa anaknya kecil lagi masih bersekolah rendah, beliau sudah mengajar menolongnya di begkel.

Selama bertahun - tahun beliau mengusahakan seorang dengan mencari rezeki untuk anak dan keluarganya dan akhirnya pada Tahun 2014 Masud furniture and Decoration terpaksa ditutup kerana terlalu banyak masalah kewangan dengan bank kerana pada saat itu beliau mendapat satu projek cecah ratusan ribu dan akhirnya beliau ditipu dan  dengan meniggalkan hutang ratusan ribu banyaknya sehingga Masud furniture and Decoration menanggung rugi dan terpaksa ditutup pada awal Tahun 2014 dan Menyebabkan Namanya Di Blacklist .

Dengan berbekalkan ilmu, pengalaman dan sikap tidak pernah putus asa. Pada hujung tahun 2014 tertubuhnya Syarikat Perabot Taib Andak atas Nama Anaknya Yang Sulong. Lama kelamaan Bengkelnya makin menaik taraf dan terus menaik dan menaik sehingga sekarang. Dan kini anaknya sudah besar dan sudah habis belajar dan kini 4 orang anaknya bekerja dengannya, Seorang bahagian Pemasangan, Seorang bahagian perkayuan, Seorang bahagian Aluminium dan seorang lagi bahagian Marketing and sale.

Pada bulan 2/4/2015 tertubuhnya anak buah syarikat di bawah Perabot taib andak iaitu PTA Global Trading yang diterajui oleh anaknya yang bahagian marketing dan syarikat tersebut akan menjadi Syarikat marketing bagi Perabot Taib Andak. Pada 18/11/2015 Syarikat PTA GLOBAL TRADING membuka satu cawangan di Kulaijaya Dengan menjalankan perniagaan menjual perabot- perabot moden, seperti Sofa, Set bilik tidur, Tilam dan Banyak lagi yang berkaitan perabot.



SEMUA INI BUKAN ATAS USAHA KAMI SAHAJA TETAPI ATAS SOKONGAN PELANGGAN YANG SELALU MEMBERIKAN KEPERCAYAAN 100% KEPADA KAMI.

JANGAN MUDAH BERPUTUS ASA DENGAN REZEKI YANG ADA DI ATAS DUNIA INI MINTA LA KEPADA ALLAH S.W.T , ALLAH MAHA KAYA DAN MAHA PEMURAH.

TERIMA KASIH KEPADA ANDA SEMUA YANG SUDI MEMBACA

ANDA BOLEH LIKE ATAU MAHU MAHU INFO TERKINI TENTANG PERABOT TAIB ANDAK, BOLEH LIHAT DI PAGE FACEBOOK KAMI "PERABOT TAIB ANDAK"